;
Assalamualaikum;

Everything is different now bye;


Hi

Tales Hello Links


Speak out;






Keweydits;



Base: Dilla Eyra
Header By : ~*Mary*~
Edited By: ~*Mary*~
Full-edited By: Irdina
Others:   






Respect sikit

Hello assalamualaikum yay first post dalam 2014 i think? kan? okay it's 2014;the worst year ever. ya Allah, tahun ni beza gila ngan tahun lepas. tahun lepas happy je; tahun ni, lol macam asdfghjkl ok dah.



Okay sebenarnya kita tau tak macam mana nak tegur seseorang? manusia ni kadang kadang dia ada niat nak tegur seseorang tapi cara dia tu salah. dia tegur macam mana? tegur dalam keadaan diri tu tengah marah. tegur someone dalam nada yang tinggi, marah marah well siapa tak bengang kalau someone tegur kita tapi nak marah marah?

bila nak tegur orang.. tegur dengan cara paling baik dan waktu paling sesuai. 
adakah kita tegur seseorang tu dengan cara yang paling baik? 
adakah kita tegur seseorang tu pada waktu yang paling sesuai?
Ingat balik, kita tegur orang tu time bila? adakah time dia tengah marah? well hello? siapa tak bengang kalau kena tegur time tengah marah? 

Yes, manusia memang tak boleh lari dari kesalahan, yang bezanya.. kesalahan tu sikit atau banyak. yea dalam dunia ni semua orang buat kesalahan kan nobody's perfect katakoo tapi sebaik baiknya, biarlah orang yang menegur tu orang yang minimum kesalahannnya. jangan jadi macam ketam ajar anak dia jalan lurus. ok contoh paling senang, seorang penganggur suruh orang lain pergi cari kerja even dia pun menganggur je kan, so orang lain pun malas kan nak dengar cakap penganggur tu. cuba kalau seorang pensyarah suruh seorang penganggur pergi cari kerja mesti penganggur tu rasa macam nak pergi cari kerja yang elok kan? tak salah kalau orang yang menegur tu takdelah baik 99% tapi adakah orang lain akan dengar nasihat orang yang selalu buat salah? so sebolehnya biarlah orang yang lebih baik yang menegur kesalahan orang lain.  sebab tu lah kalau kita nak menegur, pastikan teguran tu dituju ke arah kita dulu baru ke orang lain. 

Orang yang ditegur pula sepatutnya berusaha untuk ubah diri. Orang yang luarbiasa akan berusaha memperbaiki diri tapi orang yang biasa akan melenting bila ditegur. Bukan melenting je, tapi ajak gaduh sekali. kan? 

Manusia ni perlukan cermin untuk lihat diri sendiri. dan orang sekeliling lah cermin untuk kita. 
Setiap orang yang menegur pasti akan ditegur. 

Tegur tu tolonglah dengan cara yang baik, hahaha tegur someone dengan cara memalukan? kecoh kat social networks pasal keburukan orang lain?  please lah respect sikit, jangan malukan diri dengan kecohkan benda yang kecik. ye semua orang perlukan nasihat, semua orang perlukan teguran tapi kalau teguran tu memalukan kita? ha kita nak ke? eh pls lah tegur ada cara, jumpa orang tu elok elok, cakap ngan dia elok elok. tak kisah lah orang yang kita nak tegur tu lebih muda atau lebih tua dari kita tapi tegur dalam cara yang elok, bukannya maki maki or even nak kasi satu dunia tahu pasal keburukan orang yang ditegur. 

Manusia saling memerlukan. Manusia perlukan bimbingan, teguran dan nasihat. walaupun hanya disebabkan satu teguran, manusia mungkin saling membenci  tapi percayalah teguran tu akan sentiasa diingati kerana tingginya nilai aura teguran tu. 

Ingat, nak tegur ada cara. dan, sebelum tegur seseorang... tengok dulu diri kita. tegur seseorang supaya tak mencarut, tapi kita ni every seconds mencarut. tak ke lawak tu? pastikan apa yang ditegur tu sampai kat kita sebelum sampai kat orang lain. tegur diri sendiri supaya tak mencarut lepastu bila diri dah tak buat, tegurlah. respect sikit ya 

Itu je. thanks and have a nice day :)