;
Assalamualaikum;

Everything is different now bye;


Hi

Tales Hello Links


Speak out;






Keweydits;



Base: Dilla Eyra
Header By : ~*Mary*~
Edited By: ~*Mary*~
Full-edited By: Irdina
Others:   






Umrah'13 - Madinah

Hello Assalamualaikum, readers ;) wakakakakaka lama kot tak update blog. last update time Maulidur Rasul tu hah.. Hmm.. okey straight to the point terus ah ye? Well, cer tengok tajuk tu hah. *tunjuk tajuk*. Umrah? Oyeh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, pada 17.2.2013 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1434H.... saya berangkat dari Malaysia ke Jeddah. oyeh. hehehehhhehehe dan selamat sampai kat Jeddah pada pukul 10 malam. Saya tak pergi ngan parents saya. tapi saya pergi ngan tokwan and maktok sayaaaaaaaaaaa ;) *bapak skema je ayat*


Erm okey. firstly saya nak mintak maaf dulu sebab saya akan menggunakan beberapa ayat skema yg mungkin menyakitkan hati awak hahahahhahahahahhahahahhaha k. :D 

Back to the topic, ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke bumi anbiya'. Madinah and Mekah. Okey, kitorang pergi dengan Asari Murni Travel Agency dan asari murni memang awesome. hahahahahahahaha okey. Selain tokwan and maktok saya, maktok saya punye kakak and maktok saya punye adik and family diorang pun join gak. And kitorang semuaaaaaaaaa group MD1. MD1 tu stands for Madinah1. sebab kitorang pergi Madinah dulu sebelum pergi Mekah. ada 6 group semuanya. MD1, MD2, MD3, MK1, MK2, MK3. Group MD1 ada 44 orang kesemuanya dan mutawwif kitorang adalah Ustaz Mazlan b. Ibrahim yang sangat cool okey. hahahahahahaha dah ah muka ustaz tu mcm ayah su. 

Okey. first day kat Madinah. hmm.......rasa macam mimpi sebab dapat tengok sendiri Masjid Nabawi depan mata. Allahu..... time tu rasa dekat sangat dengan Nabi Muhammad saw. orang? wuuuu memang ramai uolls. ramai tersangat lah sangat lah sangat sangat sangat lah ramai. Erm, saya selalu solat kat luar je ngan maktok. tapi kalau time Isya' tu selalu dapat masuk masjid ah.










Then time second day kat sana, MD1 pergi ziarah. hm... kitorang pergi Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Ladang Kurma, Pasar Kurma.............. dan apa lagi eh? lupa ah. Tapi kitorang singgah Masjid Quba je sebab tak sempat nak masuk masjid yg lain tu ha. Okey. so, saya nak cerita sikit pasal Masjid Quba ni. boleh? 

Masjid Quba ni adalah masjid yang pertama yang dibina oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw. Semasa hayatnya, Nabi Muhammad selalu mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut hadis dari Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki. Nabi juga menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya.  (Riwayat Bukhari dan Muslim.) Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang berwudhu' di rumahnya dan kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat umrah.  Thats why ustaz Mazlan tu suruh kitorang ambil wudhu dulu kat hotel. tapi, kalau dah ambil wudhu, then dalam bas.... terbatal... hm, nak buat macam mana? takdak rezeki :3 

Masjid Quba lawaaaaaaaaaaaaa sangat. tapi Masjid Nabawi lagi lawaaaaaaaaaaaaaaaaa. Masjid Quba ni adalah masjid yang pertama dibina oleh Nabi Muhammad k? Ada fakta yang mengatakan bahawa Masjid Nabawi adalah masjid yang pertama dibina. and semua tu salah. Dengar ni, MASJID QUBA' YANG PERTAMA DIBINA OLEH RASULULLAH SAW. ok. then, time dah sampai kat masjid quba, saya teman maktok saya ambil wudhu sebab dia terbatal and alhamdulillah, saya tak terbatal :) Then, tunggu punya tunggu. kitorang pun solat ah. Solat sunat tahiyatul masjid dengan solat sunat dhuha. time tu pukul 9 tak silap saya. huh, orang ramai yang tersangat sangat. time nak solat tu lah orang lalu atas kita. orang terpijak bahu kita. orang terpijak kaki kita. orang terpijak tangan kita. orang terjatuh atas kita. huiiiii nak sujud pun susah sebab time duduk antara dua sujud tu, orang duduk lalu lalang depan kita and cemane nak sujud kalau orang tengah lalu lalang depan kita. Oleh itu, kita kena BERSABAR :) Time orang lalu lalang tu, kita boleh selawat ke atas Nabi kan? 











Then, kitorang singgah Jabal Uhud. oyehhhh ni best gile sebab boleh jalan jalan and orang tak berapa nak ramai. wait. boleh jalan jalan? hehehehhehehe takde lah boleh jalan jalan sangat pun. cuma, orang tak berapa nak ramai and mostly yang ada kat situ semuanya INDONESIANS. ramai gile orang indon hahahhahahahhahaha. orang malaysia tanah airku tercinta tak ramai sangat pun. 

Okey, about jabal uhud. Jabal Uhud ni adalah tempat berlakunya Perang Uhud yang diketuai oleh Rasulullah saw. Perang Uhud ni terjadi sebab orang Quraisy nak balas dendam terhadap orang Islam sebab diorang dah kalah time perang Badar.
Tentera Islam hanya ada 700 orang manakala tentera Quraisy ada 3000 orang. 
Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang. 
Lepastu, perang punya perang punya perang. akhirnya tentera yang duduk kat atas bukit Uhud tu turun dari bukit setelah diorang tengok tentera Quraisy meninggalkan medan perang. Mereka turun dari bukit Uhud untuk ambil harta rampasan perang. Mereka lupa akan peringatan Nabi yang melarang mereka turun dari bukit Uhud walau apa pun yang terjadi sehingga mendapat kebenaran oleh Nabi.  Melihat tempat pertahanan yang strategik itu telah kosong, tentera musuh yang lari dengan dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid itu segera mengarah ke tempat pertahanan yang kosong itu. Dengan melalui celah bukit itu mereka menyerang tentera Islam dari belakang. 

Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.
Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang sahabat.  Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak melindungi Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat perisai, tapi baginda mengalami luka kat muka, bibir , kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab.
Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.
Okey. ni pun apa yang ustaz Mazlan cerita kat kitorang ah. Dekat depan Jabal Uhud tu ada satu perkuburan. Kat situ, semua jenazah para syuhada Uhud dimakamkan. 














Then, kitorang lalu dekat Masjid Qiblatain............ Masjid Tujuh.... dan banyak lagi lah. kalau nak tahu cerita pasal Masjid Qiblatain ni, try search kat google. best oh cite pasal masjid ni. Masjid Dua Kiblat. 









Okey then kitorang lawat ladang kurma, pasar kurma and......... ziarah ke Madinah pun dah settle. Kitorang hanya duduk kat Madinah AlMunawwarah selama 3 hari sahaja. memang tak puas. Then, hmmmmm tu jela yang kitorang buat. Shopping shopping hah. tu jela. Alhamdulillah dapat habiskan 3 juzuk kat sana :) 
The best part kat Madinah adalah peluang untuk masuk Raudhah. hmmmm tahu tak raudhah tu apa? Raudhah tu adalah satu kawasan dalam Masjid Nabawi yang pernah disebut oleh Nabi sebagai Taman taman Syurga. Allahu.. time nak masuk Raudhah tu memang memerlukan kesabaran yang banyak sangat. kitorang masuk Masjid Nabawi untuk nak masuk Raudhah pukul 9 malam. tapi... pukul 12.30 tengah malam baru kitorang boleh masuk ke dalam Raudhah. Bagi muslimat, ada 3 waktu je boleh masuk raudhah. selepas subuh, selepas zuhur dan selepas isya'. ha. waktu tu jela boleh masuk. kalau muslimin, boleh masuk bila bila masa je. hm...... time nak tunggu masuk Raudhah tu, memang ramai. saya dengan jemaah muslimat group kitorang semua duduk kat satu kawasan agar kitorang tak berpecah. Time dari pukul 9.30 sampai 12 lebih tu, ha.... tak tahu nak buat apa kan? ada makcik makcik indon kat belakang kitorang tu tidur lah, baring lah. sembang lah. huh sepatutnya waktu yang terluang ni kita baca Al-Quran. erm takpelah. maybe diorang ada sebab kot. hmmm alhamdulillah group kitorang semua tak buang masa bual bual kosong. Ada yang baca Al-Quran, ada yang baca buku pasal Umrah dan Ziarah, ada yang selawat ke atas Nabi.. lepastu, pukul 11.30 macamtu, kitorang dah boleh masuk, tapi kena tunggu dekat pintu depan raudhah tu dulu. takleh masuk lagi. ya Allah. memang rasa nak nangis je sebab orang dok himpit kita kan? nak bernafas pun susah. nak duduk bersila pun tak boleh. Sebab tu kita kena BERSABAR ;) Then, ada yang nangis. time tu saya tak nangis pun. hehehehe cuma rasa macam mimpi. sebab saya ada dekat sangat dengan Makam Nabi Muhammad saw. Dalam hati, dok berdoa... 
'' Ya Allah. permudahkanlah urusanku.  ''
'' Ya Allah. permudahkanlah urusanku.  ''
'' Ya Allah. permudahkanlah urusanku.  ''
'' Ya Allah. permudahkanlah urusanku.  ''
'' Ya Allah. permudahkanlah urusanku.  ''

Then, about 12.00midnight macamtu, kitorang baru dapat kebenaran dari polis arab untuk masuk dalam raudhah. ha, time ni lah semua dok langgar. dan time ni jugaklah saya terjatuh. dah la terjatuh, nak bangun susah, sebab orang dok jalan jalan and langgar and bertambah jatuh. hahahahaha pastu semangat gak nak bangun, then oyeh dapat bangun. huh, orang ramai gile. tapi semua perempuan la. lelaki punya tempat masuk raudhah tak tahu kat mana. sebab batang hidung orang lelaki pun tak perasan. itulah Madinah. then, dalam raudhah tu, Nabi ada berpesan, solatlah didalam Raudhah kalau berpeluang. Well, memang nak solat. nak solat sunat. tapi............ keadaan tidak mengizinkan. sebenarnya boleh je nak solat, tapi orang dok langgar langgar bahu, pijak bahu lah bagai. and saya memang nak solat kat situ, tapi................. maktok cakap '' kita doa jela. takpayah solat sunat lah eh? '', well.. saya pun angguk jela. Ehem, antara tempat yang akan makbulnya doa... adalah didalam raudhah ye. so, kita doalah sebanyak mana pun. Allah Maha Mendengar, Dia akan makbulkan doa kita. InsyaAllah. Akhirnya, dalam Raudhah... air mata mengalir jua. dapat tengok mimbar Nabi.. Hanya Allah je yang tahu apa yang saya niatkan dan apa yang saya doakan. ye, saya pernah pergi Australia, Dubai.... tapi, bila masuk Taman Taman Syurga ni, saya rasa macam saya tak perlukan tempat tempat semua tu. Cukuplah Madinah dan Mekah bagiku, ya Allah. 

Then, selepas 3 hari...... kitorang pun akan meninggalkan bumi Nabi. bumi yang ada jasad Nabi. bumi yang menjadi kebanggaan Nabi. bumi yang ada masjid binaan Nabi. Bumi yang bercahaya. Semoga, ini bukan kali pertama dan kali terakhir saya menjejakkan kaki ke bumi madinah. semoga, lepas ni... saya masih berpeluang untuk menziarah Nabi di bumi yang bercahaya; Madinah Al-Munawwarah. 

- Okey, ni post pasal Madinah ok. nanti saya sambung pasal Mekah dekat post yang lain ya? tunggu auw. nanti baca auw :p hehehehehehehhehe ok. terima kasih kerana sudi baca ya? :) Assalamualaikum dan salam ukhwah ^^