;
Assalamualaikum;

Everything is different now bye;


Hi

Tales Hello Links


Speak out;






Keweydits;



Base: Dilla Eyra
Header By : ~*Mary*~
Edited By: ~*Mary*~
Full-edited By: Irdina
Others:   






throwback.

hahaha hai! yay 1 Mei 2014 and dah bulan Rejab. alhamdulillah,  that means lagi 2 bulan nak jumpa Ramadhan Al-Mubarak. kejap je en rasa? 
Okay sebenarnya harini aku just nak cerita pasal awal tahun. asal? ha baca sendiri. 

The worst moment ever in my life. bulan 1 /2014/ aku kena masuk asrama lol tahun baru, tempat baru, sekolah baru. bayangkan aku kena sekolah dekat pulau pinang while family aku stay kat selangor hahahaha yeah i admit tahun lepas memang excited gila nak pindah sekolah sebab nak duduk dekat ngan tokwan ngan maktok tapi aaaaaaaaaa bila dah pindah, serious susah doh nak suaikan diri dengan family jauh lagi OK FINE AKU MEMANG GEDIK hahahahha this is not about gedik or what this is about i miss my family even kat sana ada lagi ramai family aku.. tokwan, maktok, makcik makcik, pakcik pakcik, sepupu sepupu semua tapi aku tak boleh sebab hahahahaha tah lah.
fyi, almost everyday aku nangis ahhahaha and fyi dalam seminggu, lebih kurang 2 kali je aku call parents sebab hahahaha nanti nangis kalau cakap ngan diorang. yeah asrama tu memang lah best tapi hm idk how to explain. i still remember the first time aku call ayah aku nak pujuk dia untuk transferkan balik ke smka putrajaya dan dia betul betul naik angin. pastu suruh salwa pujuk lah bagai hahahahaha sampai nangis kat public phone kot pastu semua kawan kawan kat sana tanya en kenapa lol but i never explained to them what i feel. kang nangis jugak en malu ah hehehehe
dorm? okay dorm aku dorm umi kalthum. ketua dorm: kak syikin rahim aka kak syikinremm. penolong ketua dorm: kak atiqah jaafar. sumpah doh dorm ni dorm yang paling gempak sekali dalam smkant. hahaha seriously kalau duk dorm ni memang tak kering gusi, kak tiqah ngan kak syikin plus kak pijah ngan kak insyi memang suka buat lawak sampai nak terkentut. aku ingat lagi, haritu jumaat malam, kak syikin cerita pasal kiamat kat katil dia pastu kak pijah join pastu semua tidur lambat pukul 1pagi en sebab dengar cerita pasal kiamat pastu form1 takut pastu kak pijah marah hahahahahaha ya Allah, rindu kot dorm ni. dah ah dalam dorm ni aku paling suka tidur en even ada masa senggang 10 minit .
first day sekolah macam apa je tak tahu apa apa pasal sekolah tu. dewan seminar taktahu kat mana, makmal sains tak tahu kat mana, makmal komp. tak tahu kat mana.. so aku ikut jelah classmates aku pergi mana hahaha at first aku agak pendiam ah tapi lama lama aku gila gila jugak lagi lagi ngan zahidah aka zack aka che din aka cekedenggg hahahahah dia paling suka ah aku perangai bodo bodo kalau izzah anis dia prefer aku jadi serious hahahaha first day sekolah jugaklah aku jumpa amin hahahaha amin haris  ex ketua badar smaputra tu lah kan lmao terkejutzzz gila weh tetibe je dia masuk dalam office time semua pelajar baru kena pergi office tu.
pastu start pertengahan bulan 1, balik setiap minggu YA ALLAH MANJANYA AKU. actually kitorang balik 2 minggu sekali and setiap sabtu yang tak balik tu form 3 ada kelas imtiyaz. start pertengahan bulan, dah gedik nak balik setiap minggu so tokwan ngan maktok pun dengan relanya ambil aku kat sekolah setiap minggu, time minggu balik, selalunya pakcik aku who i call him 
'ayahsu' ambil sebab tokwan kerja memandangkan hari tu hari jumaat so dia amik dalam pukul 12 tengahari camtu hahahaha and kitorang balik sekolah pukul 12.15 tapi aku cakap kat ayahsu yang aku balik sekolah pukul 12 hahaha so senang lah balik sekolah terus naik dorm ambil beg baju and turun bawah terus balik takyah susah payah nak tunggu lelama en 
kalau minggu tak balik pulak tokwan and maktok akan ambil hari sabtu tengahari tu pukul 12.15 hahaha dan sebenarnya kelas imtiyaz habis pukul 12.30 wakakakakaka so diorang akan datang awal and as usual aku just perlu naik dorm ambil beg baju and terus chau je takyah nak tunggu makan or wtv sebab diorang akan bawak gi makan jugak kat depan sekolah tu hehehehehe sepatutnya takleh balik setiap minggu tapi aku gunakan alasan 'tusyen' so aku boleh ehehehehe lagipun aku rapat ngan pk hem so aku pandai lah ayat sikit hahaha lagipun dia ada talian persaudaraan ngan ayah aku tanpa kitorang ketahui. btw memang aku pergi tusyen pun tapi tusyen maths jelah tu pun terpaksa sebab nak balik setiap minggu en terpaksa ah berkorban sikit walaupun hanya 2 hari 1 malam tapi waktu yang singkat tu amatlah bermakna bagi manusia yang ngengada cam aku ni hahah

sebenarnya aku ngengada dalaman je. luaran, aku boleh je survive kat asrama sampaikan junior form 1 pikir aku ni memang dah sekolah kat situ since aku form 1 lagi sebab aku macam dah lama lagi lagi cara aku bergaul ngan kawan kawan aku lol yeke? 
 
hahaha yang aku paling rapat kat situ atikah ngan maisarah shaik kot sebab diorang hm hm hahaha entahlah kenapa aku rapat. aku rapat ngan atikah sebab dia minat exo kot, sarah lak maybe sebab dia bestie atikah so automatically rapat dua dua sekali. aliatul pun aku rapat gak sebab kitorang selalu sembang kat dorm hahaha best gila sembang ngan alia. aku ingat lagi aku pernah cakap kat dia yg aku rindu family aku pastu dia sembang pasal family dia then dia lak yang nangis hahahaha dahlah alia tinggi gila pastu muka cina hm mentang mentanglah sekolah cina en dulu ok syifa pun antara yang aku rapat gak maybe sebab kitorang ada talian persaudaraan kot and again, belah ayah aku hahaha. syifa' baik gila dengan aku, aku ingat lagi aku kasi dia keropok sebab aku dah kenyang dan dia lak malas nak gi kantin so dia tak makan pastu dia ganti balik sebab bersalah kat aku lol dan aku sayang dia gila gilaaaa aaaaaaaaaaaaa ngan AJ pun. AJ stands for Aisyah Jamsari. AJ ni pulak kawan baik syifa' so kitorang pun rapat gak lah. 
pastu aqilah ngan hafizah. diorang ni kawan baik dan diorang selalu tolong aku time iron ngan basuh baju. bilik iron ngan bilik basuh memang port diorang so kalau aku nak basuh/iron.. pijah atau aqilah selalu kasi aku basuh dulu atau iron dulu omg aku appreciate gila gila thanks muah so sebagai hadiah, aku kasi kat pijah sabun basuh baju tapi aku dah guna tapi ada banyak lagi hehehehe aqilah aku tak sempat kasi sebab aku tak jumpa dia time nak kasi tu, aku jumpa pijah dulu so rezeki dia lah hehe hm hm hm lagi siapa eh hm hm nadiaaaaa! nadia ni budak baru jugak cam aku. dia dari SMKA Baling. dan dia memang dah biasa duduk asrama dan family dia dekat je ngan dia so dia okay je kot T.T aku je kan yg gedik lol lagi siapa eh eh eh ramai lagi ah sampai aku takleh nak describe sensorang. 
then bulan 2 hahahahaha ada suatu insiden yang berlaku yang membuatkan ayah aku nak tukarkan aku ke SMKA Putrajaya balik and aku rasa tak perlulah cerita en hihihi and ayah aku datang penang semata mata nak settlekan urusan pertukaran sekolah untuk aku and aku ingat lagi time ayah aku datang tu, aku tengah exam last paper; geo. time tu hari rabu, kitorang ada break jap untuk baca buku tetibe ayah aku datang dan aku tak tahu langsung yang dia nak datang so aku pun terkejut gila. yang lawaknya bukan ak sorang terkejut, satu kelas terkejut siap diorang senyap terus cam nampak hantu. biasanya kelas 3 Ilham ni kalau orang datang pun semua watlek je bising tapi time tu semua terdiam hahahahha aku pun stop buat discussion untuk next paper dengan kawan kawan aku and keluar kelas well cikgu takde time tu. aku keluar kelas and pergi kat tangga sebelah kelas aku. fyi kelas aku kelas yang paling hujungggggg dunia dan kat tingkat bawah sekali so best ah takyah susah payah naik tangga. ok sambung, aku gi kat tangga and aku terus peluk ayah aku hahahahhaha sweet tak? lol ok then benda pertama yang aku buat lepas peluk ayah aku, I CRIED. ye aku nangis and idk why i cried hahahaha sedih betul cerita ni. bayangkan tu kali pertama aku jumpa ayah aku setelah sebulan tak jumpa sebab dia kerja en so mak aku je yang balik penang ngan zara ngan izzat nak tengok aku. ayah aku cakap yang dia dah jumpa pengetua and pengetua dengan pk hem tak kasi aku pindah HAHAHAHHA 
25 Februari 2014 (selasa)
hari terakhir aku dekat situ. pagi tu, aku jumpa semua cikgu yang ajar aku, aku minta semua pbs aku dengan kertas exam aku tapi diorang cakap sekolah akan pos sendiri ke putrajaya so aku pun ok kan jelah. aku jumpa semua cikgu yg ajar aku, aku jumpa ustazah azimah, cikgu rosmawati, cikgu shafirul, cikgu che puteh, cikgu anis, cikgu saha, cikgu bus, cikgu noryah, ustazah laili.. haha time ustazah laili je yg paling touching, dia peluk aku cewah dia cakap dia sayang nak tinggalkan aku sebab aku selalu ajar budak kelas aku arab hahaha padahal arab aku pun B en ada hati nak ajar orang ish. sampai kat cikgu talib hahahaha kena sound aku ngan dia hahahaha sampai cikgu bus pun kesian kat aku. cikgu talib asyik ulang ayat yang sama ''APA MOTIF KAMU PINDAH NI?'' pastu dia cakap pasal kementerian pelajaran lah, pbs lah apa lah hahaha k 
so about 2.30pm, parents aku sampai kat sekolah and mak aku naik dorm tolong kemaskan barang and time tu ramai gila datang dorm nak jumpa aku ahhahahaha caed ngan izzah anis dari dorm aras atas nak tolong auwww, kak syikin tolong lipat cadar lah apa lah wani, kak insyi semua tolong gak en woww thanks hihi so pukul 3 kot aku berangkat pulang dari sekolah tu hm   



Btw, thanks untuk semua yang pernah tolong aku secara langsung atau secara tak langsung sepanjang aku sekolah dekat sana :) and goodluck untuk exam tahun ni ya, batch 99!
and finally, here i am, SMKA PUTRAJAYAAAAAA hahahaha ok dah tu je bye